Monday, March 29, 2010

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 20 & Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 20
&
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan
Akademik Pelajar

Perasmian oleh :
Yb Dato' Sri Mustapha bin Mohammad

Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri
Tarikh: 28 Mac 2010 Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Al-Ghazali SMKAM

Sunday, March 28, 2010

PESKOMS 2010 & MESYUARAT AGUNG PIBG

PESKOMS 2010
Sukantara & Merentas Desa
Tarikh: 28 & 29 Mac 2010
Masa: 8.30 pg - 12.00 tgh


Mesyuarat Agung PIBG kali ke 20
& Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar
Perasmian oleh : Yb Dato' Sri Mustapha bin Mohammad
Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri
Tarikh: 28 Mac 2010
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Al-Ghazali SMKAM

Tuesday, March 23, 2010

SPA tawar lepasan SPM latihan separa perubatan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) semalam menawarkan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 untuk mengikuti 13 jenis Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil bagi kemasukan Julai 2010.

Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo, berkata latihan itu ditawarkan secara percuma dan mereka yang terpilih akan mendapat jaminan penempatan pekerjaan secara tetap.

Katanya, latihan bertaraf diploma akan dijalankan selama tiga tahun manakala latihan bertaraf sijil pula adalah selama dua setengah tahun dan jumlah kekosongan yang ditawarkan adalah sebanyak 3,315 orang. Beliau berkata, had umur untuk calon memohon Latihan Separa Perubatan adalah tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan bagi calon lantikan terus manakala bagi Pegawai Sedang Berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) pula hendaklah berumur kurang 51 tahun.

“Program Latihan Bertaraf Diploma yang ditawarkan adalah Juru X-ray, Jururawat, Jurupulih Perubatan (Cara Kerja dan Anggota), Penolong Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknologi Pergigian dan Jururawat Pergigian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, selepas tamat latihan, pelatih akan dilantik secara tetap dan diberi penempatan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara.
“Oleh yang demikian, calon tidak perlu risau untuk mencari pekerjaan selepas menamatkan latihan. Selain belajar secara percuma, pelatih juga akan diberikan biasiswa bulanan,” katanya.
Beliau berkata, tarikh akhir permohonan pada Khamis ini. Keterangan lanjut tawaran boleh layari portal SPA di www.spa.gov.my.

Berita Harian:23 Mac 2010

Saturday, March 6, 2010

Kenduri Kesyukuran & Maulidurrasul

Majlis Sambutan Maulidurrasul &
Kenduri Kesyukuran
Tarikh: 6 Mac 2010
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi hingga 1 petang

Perasmian Oleh:Ybrs. Tn. Hj. Ab Razak b. Mat Saat
Ketua Sektor Pendidikan Islam,JPN Kelantan

Menggapai Bintang Meraih Mercu 2010



BENGKEL MENGGAPAI BINTANG MERAIH MERCU (BMBMM)

Kelolaan: Medical Student Facilitator Team(MSFT),
PSP USM kubang Kerian & PPD Kota Bharu
Tarikh: 26 hingga 27 Februari 2010
Masa: 8.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Asrama SMKA Melor

Thursday, March 4, 2010

Mudah naik pangkat

Guru berkhidmat di luar bandar diberi kelebihan

KUALA LUMPUR: Pengalaman berkhidmat di sekolah luar bandar dan pedalaman akan diambil kira dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain, termasuk tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi.Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata ganjaran itu antara bentuk dorongan baru yang sedang dikaji untuk menggalakkan guru berkhidmat di kawasan berkenaan, selain sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap pengorbanan mereka.

Beliau bagaimanapun berkata, pengalaman berkhidmat di luar bandar bukan bermakna guru terbabit akan mendapat kenaikan pangkat dan ganjaran lain secara automatik, sebaliknya ia memberi mereka kelebihan dalam pertimbangan yang turut bergantung kepada faktor penting lain, seperti kekosongan jawatan, kekananan dan prestasi perkhidmatan.Satu kertas kerja yang mencakupi segala aspek menyeluruh mengenai perkhidmatan guru di luar bandar dan pedalaman, termasuk dari segi pemilihan, penempatan, bentuk galakan serta ganjaran sedang pada peringkat akhir penyediaan oleh jawatankuasa yang saya pengerusikan.

Usaha ini dimulakan sejak akhir tahun lalu di mana kita mengambil kira, mempertimbang dan membincangkan secara teliti semua isu berkaitan serta masalah daripada keseluruhan aspek yang dijangka timbul berhubung perkara berkenaan,katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, berhubung cadangan mewajibkan guru bertugas di pedalaman serta luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.

Muhyiddin berkata, sebagai penggalak, mereka akan diberikan ganjaran yang diharap dapat mengatasi masalah kekurangan guru di luar bandar dan pedalaman yang dialami sektor pendidikan ketika ini.Alimuddin berkata, kertas kerja yang disediakan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian itu akan siap tidak lama lagi dan akan dibentangkan pada mesyuarat pengurusan dan profesional sebelum dikemukakan kepada Muhyiddin untuk kelulusan.

Apabila ia diluluskan, dasar baru berkenaan boleh dilaksanakan dalam tahun ini juga sekiranya sempat atau pada sesi persekolahan baru tahun depan,katanya.Beliau berkata, guru harus melihat penempatan di sekolah luar bandar dan pedalaman selama tiga hingga lima tahun daripada keseluruhan tempoh 33 hingga 35 tahun perkhidmatan mereka dalam profesion itu, sebagai satu tanggungjawab sosial dan khidmat negara yang amat bermakna.

Katanya, rata-rata tenaga pengajar di sekolah luar bandar dan pedalaman ketika ini adalah guru baru, sedangkan khidmat guru berpengalaman melebihi lima tahun juga diperlukan untuk membantu mempertingkat kecemerlangan pendidikan di kawasan itu, sekali gus merapatkan jurang prestasi antara pelajarnya dengan rakan sebaya di sekolah bandar.

Justeru, kertas kerja itu tidak hanya bertumpu kepada penghantaran guru baru, sebaliknya turut mengkaji kepentingan menempatkan guru berpengalaman ke luar bandar serta pedalaman untuk mengisi kekosongan berdasarkan keperluan opsyen, terutama bagi mereka yang belum pernah ditukarkan ke kawasan berkenaan.Memang ada guru berpengalaman yang tidak pernah ditukarkan ke kawasan luar bandar atau pedalaman walaupun sudah hampir bersara. Maka, dasar umpama khidmat negara sebegini dipercayai akan mendorong guru berusaha mendapatkan penempatan ke sekolah luar bandar dan pedalaman lebih awal,katanya.

Sumber:Berita Harian 4 Mac 2010

Wednesday, March 3, 2010

Johan Takraw 15L

Perlawanan Sepak Takraw 15 L peringkat KB 3
Tahniah kepada pasukan Takraw 15 L SMKAM kerana menjuarai perlawanan tersebut.
Senarai pemain:
1. Mohd Faris b. Hanapi
2. Ahmad Kamil b. Ahmad Mazlan
3. Ahmad Syazwan b. Mohd Adnan
4. Muhammad Hafiz Ikram b. Ibrahim

Pengurus Pasukan: Ust. Abdul Aziz b. Ibrahim

Monday, March 1, 2010

Perhatian:Calon SPM 2008

Kepada semua calon SPM 2008 SMKAM

Anda boleh mendapatkan:
1. Sijil SPM 2008
2. Sijil GSCE
3. Sijil LCCI

di pejabat sekolah bermula 1 Mac 2010.
Harap maklum,terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...